Walaupon Colombia terkenal dengan kartel-kartel dadah mereka yang ganas seperti Mexico, tetapi idea menghasilkan sebuah kediaman berkonsepkan terbuka oleh Giovanni Moreno ini wajar diberi pujian atas kebijaksanaan beliau meyakinkan pemiliknya untuk menerima konsep sebegini di sana. Casa Penon rekaan Moreno ini tampil ringkas, namun masih terserlah dengan jelas ciri-ciri kemodenan khususnya rekabentuk bumbung dan penggunaan dinding kaca lutsinar pada hampir keseluruhan bahagian atas kediaman ini.
Menjadikan bahagian bawah sebagai ruang tamu santai di pinggir kolam renang dan tingkat atas sebagai kawasan privasi untuk dapur dan bilik tidur mungkin idea bijak yang boleh dicuba bagi mereka yang sukakan konsep sebegini. Kediaman yang terletak di Girardot ini mungkin berada dalam lingkungan komuniti berpagar.

























































