Wednesday, February 9, 2011

Cara Mengubahsuai Rumah Teres Menjadi Moden

Siapa kata rumah teres tak boleh diubahsuai menjadi sangat moden? Haines House ni terletak di pinggiran kota Sydney menjadi bukti semua tu. Christopher Polly Architect dengan bijaknya telah melakukan pengubahsuaian sepenuhnya ke atas kediaman yang asalnya cuma 'single storey semi-detached'. Mereka mengeksploitasi halaman kediaman ini yang memanjang ke belakang dengan menambah anjung terbuka yang menghadap ke halaman. 

Ruang terbuka di belakang ini bertujuan untuk meningkatkan kemasukan cahaya semulajadi daripada matahari dan melancarkan lagi pengudaraan ke dalam kediaman ini. Paling aku suka adalah pemilihan material berwarna hitam yang sememangnya sinonim dengan konsep moden sekarang.


Lokasi: Newtown, Sydney, Australia
Structural Engineer: Simpson Design Associates
Keluasan lantai: 115 kaki persegi
Keluasan lanskap: 58 kaki persegi
Tahun Projek: 2010
Fotografi: Brett Boardman