Tuesday, February 8, 2011

Tips Menghias Rumah Ala Pereka Dalaman

Korang rasa bagaimana agaknya rumah pemilik seorang pereka hiasan dalaman ataupun 'decorator'? Kalau korang takde idea dan payah nak bayangkan, jom kita sama-sama ke kediaman Emily Henson di Los Angeles. 

Kalau korang perasan, rumah-rumah pereka hiasan dalaman ni selalunya tak diberikan sentuhan yang sarat dan berat. Contohnya rumah Karim Rashid dan Eero Aarnio seperti dalam 'post' aku sebelum ni. Mereka tak banyak buat 'major renovation' dalam kediaman mereka, samada 'chipboard partition' ataupun 'customised rack'. Diorang cuma gunakan asas yang ada dalam sesebuah rumah iaitu RUANG KOSONG

Kalau tengok cara Emily ni, beliau cuma perlu letakkan segala perabot-perabot, cermin-cermin hiasan, bingkai-bingkai gambar dan aksesori-aksesori lain di tempat yang betul dan pada warna yang betul untuk dipadankan dengan ruang kediaman. Dan inilah idea sebenar yang patut kita terapkan pada kediaman kita tanpa perlu melalui renovasi secara besar-besaran dan memakan kos yang tinggi.