Monday, March 21, 2011

Reban Ayam Moden Untuk Ibu Ayam Lorong Haji Taib

Reban ayam hasil ciptaan Frederik Roije ni bolehlah aku kategorikan sebagai salah sebuah keajaiban dunia untuk spesis-spesis burung selain daripada sarang burung walit di PPK MADA kawasan aku ni. Aku sendiri pon berasa cemburu dengan ke'moden'an rumah diorang ni. Nak je aku halau ayam-ayam yang bercengkerama dalam suite ni. Huhu. Jangan ingat manusia je nak hidup mewah. Setelah beribu-ribu telur ayam sudah dihasilkan dan dijual untuk dibuat telur mata kerbau, maka layaklah untuk para ibu-ibu ayam ni tinggal dalam kediaman serba 'mewah' ni. 'Ibu ayam' di lorong Haji Taib pon boleh tinggal sini kalau rasa dah setaraf dengan ayam-ayam ni.