Friday, March 4, 2011

Tips Menghias Bilik Tidur

Salah seorang pembaca ER iaitu MissBackspace bertanya kat ER tentang idea bilik tidur yang best untuk diaplikasi sebab dia dalam proses nak mengubahsuai bilik tidur. Maybe lepas tengok gambar-gambar dalam ER ni, timbul idea untuk melakukan sesuatu kat bilik tidur beliau. Huhu. Ok la MissBackspace, kat sini ER bagi idea macamana nak bagi bilik tidur kita nampak unik dan lain daripada yang lain. 

Pertamanya, kena pandai bermain dengan warna. Di entry yang lain, ER akan bagi tips macamana nak pilih warna yang betul dan padanan yang sesuai jika menggunakan dua atau lebih warna pada sesuatu ruang. Tapi kena ingat, warna bukan setakat pada dinding sahaja, tetapi kena ambil perkiraan semua objek dan perabot yang ada dalam ruang tersebut. Dalam konteks bilik tidur ni, warna dinding perlu disusuli dengan padanan pada warna cadar, sarung bantal, almari jika tak diasingkan bilik, kemudian hiasan seperti poster atau lukisan. Bila bercakap tentang padanan warna, jangan kita kalau dinding warna putih, semua perkakasan dalam ruang tu kena warna putih gak. Bukan, jangan silap ye. Hehe.

Contoh menarik yang ER boleh kongsikan adalah bilik tidur ini. Selamat mencari ilham buat semua pembaca ER :)