Wednesday, April 20, 2011

Hiasan Dalaman Apartment Warna-Warni Pilihan IKEA

Ramai di antara kita yang tak berani mencuba hiasan dalaman yang berwarna-warni. Dalam 'entry' terdahulu pon banyak aku letak contoh ilham yang boleh diaplikasikan dengan betul jika kita berminat nak mencurahkan banyak warna dalam kediaman kita. 

Dan kediaman kali ini memang boleh dijadikan contoh terbaik antara semua. Terbaiknya sehinggakan kediaman ini dipilih oleh IKEA untuk dimasukkan dalam majalah mereka iaitu IKEA Family Live. Dan ilham kali ini memang korang boleh dapatkan di IKEA sebab banyak aksesori dalam apartment ni datangnya dari IKEA. Apartment ni dimiliki oleh seorang artis iaitu Gitte. Artis dalam konteks pelukis seni, bukannya artis yang suka digosip dan suka kat dadah. 

Dan boleh dikatakan aku suka semua bahagian dan idea-idea yang ada dalam apartment ni khususnya idea jam hijau dan kombinasi rak buku oren di celah-celah warna biru perabot.


-Kehadiran warna yang sesuai boleh membentuk mood yang elok untuk anak-anak. Tapi ada cara lebih sesuai untuk mengetahui mood mereka di sini.