Friday, April 29, 2011

Hitam Putih Penginapan Di The Club Hotel

Aku suka dengan idea orang Singapura. Otak diorang memang kreatif dan inovatif. Diorang akan cuba sedaya upaya untuk mengekalkan keaslian bangunan-bangunan lama di sana tapi pada masa yang sama masih mahu memberi sedikit sentuhan moden seiring dengan kotaraya Singapura yang terkenal dengan kemodenannya yang pesat. Maka yang menjadi 'mangsa' otak-otak kreatif orang Singapura ni adalah The Club Hotel. Lebih tepat lagi menjadi 'mangsa' dek kekreatifan Ministry of Design

Jadi hasilnya adalah sebuah bangunan klasik di luarnya, tapi moden dan mewah ala-ala butik di dalamnya. Dengan tema hitam dan putih berkilat, setiap ruang bermula dari lobi sehingga ke dalam bilik dihias dengan gabungan konsep zaman koloni British dan tradisional, serta disuntik elemen moden untuk menyerlahkan nilai estetika setiap ruang. 

22 bilik disediakan kepada pengunjung yang berminat untuk bermalam di sini. Kalau gi bercuti 23 hari kat Singapura tu, pastikan mintak tukar untuk bermalam kat semua bilik untuk 22 malam. Hehe.


Kawasan lobi menunggu yang sangat welcoming

Siapa sangka bangunan putih klasik ni mempunyai hiasan dalamannya yang sangat hebat.

Rekaan salah sebuah bilik yang ada di hotel ini.
Hiasan siling di kaunter pendaftaran memang sangat menakjubkan.



Mengikut firasat aku, ini adalah lif.

Suka tengok konsep pencahayaan LED dari bawah kabinet ni.

Gabungan hitam putihnya tak nampak memeningkan walaupon sarat.

Hiasan dalaman bilik airnya boleh dijadikan ilham untuk kediaman sendiri.