Friday, April 15, 2011

Meja Billiard Termahal Dunia Dijual Di Harrods

Korang pernah main billiard atau snooker? Kalau pernah, mungkin korang akan rasa meja billiard kat bawah ni lawa gile untuk sebuah meja pukul-pukul bola je. Hehe. Meja ni sebenarnya bukan setakat lawa di ukirannya saja tapi mahal di harganya juga. Untuk pengetahuan korang semua, meja billiard ni merupakan meja billiard termahal di dunia. Harganya saja £1 juta atau lebih kurang RM 4.94 juta! Apa yang membuatkan meja ni mahal adalah kerana sejarahnya. Meja ini dibuat khas untuk Pameran Jubli Ratu Victoria pada tahun 1887 dan dibuat khusus untuk tujuan itu oleh Orne & Sons Ltd. Ukiran-ukiran yang ada di meja ini sebenarnya melambangkan macam-macam. Ada ukiran riben berupa pepatah daripada William Shakespeare, Tennyson dan diukir dengan lebih daripada 50 jenis burung dan bunga yang ada di kepulauan British. Ukiran potret raja-raja terdahulu juga dibuat di meja ini seperti ukiran William of Normandy, Henry I, Henry II, Charles I dan banyak lagi. Meja ni bukan untuk dilelong tapi dijual di gedung membeli-belah terkenal dunia iaitu Harrods
Beli Tupperware pon boleh menang Samsung Galaxy Tab!