Wednesday, April 27, 2011

Ubahsuai Gereja Menjadi Rumah Kediaman Moden Kontemporari

Mat saleh ni ada-ada je idea diorang nak ubahsuai sesuatu menjadi kediaman yang sangat hebat. Kalau dalam entry sebelum ni, mat saleh celup ni ubahsuai kilang simen jadi rumah. Tapi mat saleh minicokolatcelup yang kali ni plak ubahsuai gereja jadi rumah berkonsepkan kontemporari moden. Bekas gereja yang dibina pada tahun 1889 ni terletak di Adelaide, Australia. Aku suka papantanda di dapur yang bertulis "I DON'T WANT A KITCHEN, BUT IT CAME WITH THE HOUSE". Haha. Tapi jangan terkejut, rumah ni bukan dibuat untuk orang yang ubahsuai gereja ni, tapi dibuat untuk dijual!

Harga dah la dalam linkungan AUD 1 juta. Lebih kurang RM3 juta! Agak-agak ada tak malaun yang nak beli rumah ni ye? Bukan apa, takut nanti time ada perayaan Kristian, ada yang tersilap gi ketuk pintu 'gereja' ni lak. Kan dah takde privasi. Huhu.