Wednesday, May 25, 2011

Apartment Mewah Futuristik di Moscow oleh Geometrix Design

Pereka dalaman Mikhail dan Elena Miroshkin daripada Geometrix Design telah merekabentuk apartment mewah di Moscow ini. Bagi aku, ianya nampak ke arah futuristik khususnya di bahagian ruang tamu apartment ini. Dinding yang menempatkan TV tu nampak seperti dalam TRON pon ada. 
Lagi 'entry' lama ER berkaitan hiasan dalaman TRON yang futuristik
Projek ini dinamakan 'Fantastic Island'. Melalui pintu masuk itu, kita dapat melihat sebuah ruang tamu yang agak luas dan diasingkan daripada dapur oleh sebuah dinding daripada gelas kaca. Tips pemisah dinding kaca ini penting untuk mereka yang inginkan suasana terbuka dan luas tapi masih ada pemisah antara ruang. 


Satu lagi tips yang boleh dikongsi di sini adalah tema apartment yang memang minimalis. Aku suka dengan kombinasi warna hitam, putih dan kelabu digabungkan dengan elemen kayu yang sememangnya menjadi lumrah dalam hiasan dalaman mewah untuk memiliki elemen kayu. Paling menarik perhatian aku pastinya dalaman bilik airnya yang sangat mewah di bahagian siling kayunya.

















0 comments:

Post a Comment