Sunday, May 15, 2011

Bilik Air Moden Bertemakan Hitam Dan Putih

Untuk menggunakan tema hitam dalam bilik air adalah suatu tindakan yang boleh dianggap berani atau 'bold' kerana bilik air yang hitam kebiasaannya akan memberi mood yang kurang elok walaupon di pandangan mata orang lain ianya adalah sesuatu yang nampak moden dan terkini. 

Jadi untuk mengelakkan perselisihan pendapat dalam penataan warna yang tepat untuk pilihan bilik air yang gelap, selalunya kombinasi warna hitam dan putih dalam bilik air dilihat paling sesuai untuk diterapkan. Hitam dan putih ni akan memberikan suasana lebih nyaman dan bilik air itu sendiri akan nampak lebih 'stylish'. 

Tapi kalau dirasakan warna putih itu terlalu 'terang' untuk sebuah pilihan bilik air yang gelap, mungkin kombinasi hitam dan kelabu pada jubin bilik air boleh dipraktikkan. Secara tak langsung bilik air itu tidak akan nampak terlalu gelap dan 'creepy'. Contoh terbaik yang saya boleh kongsikan adalah bilik air yang berukuran 8.3 m² ini. Menariknya, bilik air ini boleh diakses terus ke balkoni kecil di luar kediaman yang secara tak langsung membenarkan kemasukan cahaya matahari secara semulajadi dan seterusnya memberikan pencahayaan yang sempurna pada waktu siang. 

p/s: Entry ini saya kongsikan atas permintaan seorang pembaca ER iaitu Wuucin. Semoga mendapat sedikit ilham atas perkongsian yang tak seberapa ini :)









0 comments:

Post a Comment