Monday, May 23, 2011

Idea Dekorasi Warna-warni Apartment Putih

Aku sangat suka dengan cara pemilik apartment ini menghias dan mendekorasikan seluruh ruang putih apartment ini dengan warna-warna yang terang dan ceria. Antara ilham dekorasi yang aku dapat daripada apartment ini adalah:
  1. Dapur kering (Dry kitchen) apartment ini tidak diasingkan daripada ruang tamu, menjadikan ruang tamu tampak lebih luas.
  2. Dapur kering bersambung dengan dapur basah dengan ruang kerja di dapur yang sangat efisyen.
  3. Rak buku dibuat menarik dengan binaan kabinet pasang dalam secara ke dalam. Buku-buku dibiarkan tersusun secara bertindih dan tidak terlalu rapi susunannya, menjadikan suasana ruang ini nampak lebih 'hidup' dan tidak statik.
  4. Titik tumpu (focal point) pada kawasan ruang tamu apartment ini adalah pada permaidani, dan bukannya pada poster atau lukisan kanvas pada dinding sebagaimana lazim yang dihias. Mana nak cari ye permaidani berwarna-warni macamni? 
  5. Suka tengok lukisan kanvas hitam dengan tanda 'X' merah di dinding. 
  6. Bantal di sofa tak semestinya perlu seragam. Boleh diletakkan dengan corak yang pelbagai.
  7. Kalau korang perasan, kabinet dapur tu diorang bina seperti konsep 'walk-in wardrobe sliding door' ataupun seperti pintu 'sliding' di rumah-rumah di Jepun. Apabila tidak digunakan, ditutup penuh dan menampakkan ruang yang lebih cerah dengan 'flat pattern' pada pintu 'sliding itu.
Ok, cukuplah kot 7. Ada nak tambah apa-apa lagi?














0 comments:

Post a Comment