Tuesday, July 26, 2011

Almari Bawah Tangga Yang Sangat Praktikal

Chiswick Woodworking Company telah menyiapkan satu projek yang bagi aku sangat praktikal dan pastinya sangat unik. Kalau di luar negara, kawasan bawah tangga macam di bawah ni selalunya dibuat stor. Yang kejam sket tu, dibuat tempat kurungan untuk anak-anak, macam dalam filem Harry Potter tu. Huhu. Tapi bagi syarikat ni, mereka menggunakan segala ruang di bawah tangga ini sebagai loker atau almari untuk menyimpan segala macam barangan rumah. Dalam gambar yang aku kongsikan di bawah ni, terdapat 4 loker yang menempatkan jenis barangan yang berbeza seperti pakaian yang dilipat, buku-buku, kasut-kasut dan kotak-kotak. Dan setiap loker almari tu boleh dibuka secara individu dan berasingan. Praktikal, kan? 






1 comments:

alams.ekins said...

cool giler....bleh la tiru design nie utk my new home nanti
visit my blog http://alamslegacy.blogspot.com/

Post a Comment