Sunday, September 25, 2011

Idea Dekorasi Bilik Tidur: Koleksi 1

Bilik tidur merupakan salah sebuah ruang kediaman yang paling penting dan paling diberi penekanan oleh pemilik dalam memberikan suasana yang diingini. Walaupon bilik tidur fungsinya tak lebih daripada tempat berehat dan tidur, tapi suasana di dalamnya perlu kena dengan citarasa dan fungsi bilik tidur itu sendiri. 

Bilik tidur yang baik perlulah mempunyai pengudaraan yang sempurna. Pentingnya pengudaraan yang elok adalah untuk membekalkan oksigen yang secukupnya dan bersih bagi menikmati tidur yang sempurna. Malahan jika bilik tidur digayakan dengan betul dan mempunyai tema yang menarik, rasanya tiada tempat lain yang akan menjadi persinggahan tidur malam selain daripada kamar beradu sendiri di rumah. Malah kalau ada bilik tidur dengan idea dekorasi seperti di bawah ni, rasanya kalau aku pergi ke Kuala Lumpur dari Perlis atas alasan kerja sekali pon, aku akan balik haritu gak semata-mata nak pastikan aku tak bermalam di tempat lain selain bilik tidur aku. Hehe. Jadi, antara 5 bilik tidur untuk 'entry' kali ini, yang mana satu menjadi pilihan hati anda?

Pernah tengok bilik tidur dengan tema kapal lanun? Kalau belum, klik sini.








1 comments:

iffah :) said...

Bilik.2 & 5 adalah cool!

Post a Comment