Monday, September 19, 2011

Perpustakaan Awam Negeri Selangor Yang Termoden Di Malaysia

Perpustakaan awam ibarat pusat membeli-belah? Alhamdulillah, akhirnya dapat juga aku tengok perpustakaan moden di negara kita yang sama hebat senibinanya seperti 'shopping mall'. Bukan apa, kalau tempat kita berjoli sakan boleh dibina sehebat-hebat dan sebesar-besarnya, takkanlah tempat kita mencari sesenduk ilmu pon tak boleh dibuat seselesa mungkin untuk memberi lebih suasana kondusif dan 'alive' kepada pengunjungnya, kan? Dan aku percaya, hadiah Sultan Selangor kepada rakyat baginda ini adalah sesuatu yang tepat dalam melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan tinggi selain daripada menekankan amalan membaca yang lebih di kalangan rakyat Malaysia. Memang rakyat Malaysia sangat kurang amalam pembacaan mereka.  Jarang kita lihat masyarakat Malaysia ni menggunakan kesempatan atas masa lapang yang ada tu untuk membaca, tak kisahlah samada novel ke, suratkhabar ke, majalah ke. Dalam bas ataupun LRT pon kurang. Banyak yang lebih suka tengok awek-awek cun je berbanding membaca. Huhu. 

Perpustakaan awam baru negeri Selangor ini terletak di Seksyen 13, Shah Alam. Dengan nilai pembinaan dan segala kos infrastruktur di dalamnya, perpustakaan yang boleh dianggap termoden di Malaysia ini menelan belanja RM70juta. Dengan dilengkapi perabot-perabot moden yang berwarna-warni, pastinya ciri-ciri ini akan lebih menarik minat golongan kanak-kanak dan remaja untuk lebih meluangkan masa di perpustakaan ini. Kalau di pusat membeli-belah ada infra panggung wayang, di perpustakaan awam Selangor ini juga terdapat teater XD/6D. Jadi apa kurangnya tempat menimba ilmu macamni berbanding dengan kompleks membeli-belah? Hehe. Tapi yang paling menarik, semua kelengkapan komputer dalam perpustakaan awam Selangor ini adalah daripada jenama Apple! 'Shopping mall' ada? Hehe.













0 comments:

Post a Comment