Sunday, November 20, 2011

Hiasan Dalaman Apartment Gemma Ahern: Bermain Dengan Warna Gelap

Mungkin ramai yang tidak berminat dengan penggunaan warna-warna gelap pada ruang kediaman. Kebanyakannya ingin 'play safe' kerana takut idea penggunaan warna gelap pada ruang tidak akan menjadi seperti mana yang diharapkan. Jika ingin mendapatkan inspirasi warna gelap pada kediaman, mungkin ilham Gemma Ahern pada ruang apartment beliau ini boleh dijadikan inspirasi. Agak mengkagumkan juga kerana Gemma hanya memperuntukkan sebanyak USD10,000 sahaja untuk renovasi dan kelengkapan perabot pada kediaman beliau ini, yang mana bagi aku adalah satu nilai yang sangat berbaloi jika dilihat pada hasilnya. 

Tema yang digunapakai dipengaruhi oleh konsep Hollywood dengan penggunaan bingkai-bingkai gambar yang banyak khususnya di tangga naik. Tapi tetap diselitkan dengan unsur hiasan berbentuk abjad bagi memberikan sedikit kelainan. Di ruang tamu pula diberikan impak pada dinding dengan penggunaan 'wallcovering' berupa rak buku. Aku suka dengan penggunaan warna merah jambu pada meja kopi di ruang tamu dan juga pada pemegang panjang pada pintu almari di dalam bilik tidur. Tampak sesuai padanan warna kelabu gelap dengan merah jambu. 










0 comments:

Post a Comment