Monday, November 21, 2011

Idea Dekorasi Warna-Warni Di Paddington

'Speechless' aku melihat kekreatifan pemilik rumah ini bermain dengan warna. Rumah dengan dekorasi hebat ini terletak di Paddington, Sydney. Ada beberapa ilham dan inspirasi kreatif yang menarik perhatian aku.

  •  Kelebihan dinding hitam pada bahagian dinding ruang tamu membolehkan pemilik meletakkan dekorasi-dekorasi dinding yang berwarna terang dan menyerlahkan lagi dinding tersebut sebagai sudut tumpuan, khususnya pada arca merah jambu tersebut.
  • Lukisan mural pada dinding ruang dapur itu sangat cantik. Pemilihan kerusi dengan warna hijau terang pada kusyennya memang menaikkan suasana ceria apabila dipadankan dengan warna merah dan oren pada ruang tersebut.
  • Penggunaan gelas kaca pada sebahagian bumbung bilik tidur memberikan lebih pencahayaan semulajadi untuk masuk melalui bahagian atas, menjimatkan penggunaan lampu pada siling untuk tujuan pencahayaan.
  • Ruang kerja SOHO yang sangat ceria dan tersusun kemas memberikan mood kerja yang sangat tinggi kepada pemilik. Sekali lagi warna oren dan merah memainkan peranan dalam ruang berwarna putih.
  • Elemen hijau tetap diterapkan di balkoni luar rumah melalui pokok buluh renek.
  • Penggunaan warna hitam pada muka hadapan rumah memang menggamit perhatian ramai, apatah lagi dengan pintu rumah berwarna merah yang pasti menjadikan rumah ini sebagai titik tumpu dalam barisan rumah-rumah yang ada. Suka dengan cara meletakkan nombor rumah yang nampak sangat moden gayanya.








0 comments:

Post a Comment