Monday, February 20, 2012

Mannat Milik Shah Rukh Khan: Rumah Agam Mewah 7 Tingkat Di Mumbai

Shah Rukh Khan bukanlah sebuah nama yang asing di Malaysia. Siap bergelar Dato' lagi tu. Jangan main-main. Nama Shah Rukh Khan ini bukan saja gah di mata negara-negara Asia selain India, bahkan juga di Eropah dan global amnya memang Shah Rukh Khan adalah sebuah nama besar. Masakan tidak, sehinggakan Tag Heuer membariskan beliau sebagai duta jam tangan mewah dari Swiss tu setaraf dengan nama-nama besar seperti Lewis Hamilton.

Kalau nak diselidik tentang pendapatan beliau sepanjang hayat, banyak sumber berbeza yang memberikan nilai tentang pendapatan beliau. Tapi apa yang pasti majoriti sumber-sumber tersebut semuanya mengatakan nilai pendapatan Shah Rukh Khan adalah tidak kurang daripada USD500 juta!!! Ya, Shah Rukh Khan sudah lama bergelar billionair (sekitar RM1.51 billion). Jadi tidak hairanlah jika beliau mampu untuk memiliki aset dan harta di seluruh dunia dalam bentuk hartanah yang tersangat-sangat lumayan. 

Menurut sumber, terdapat 2 hartanah beliau yang berlegar di internet yang menjadi tumpuan ramai. Satunya di Mumbai dan satu lagi di Palm Al-Jumeirah di Dubai. Tapi pastinya istana beliau yang digelar 'Mannat' di Mumbai ini lebih menjadi tumpuan ramai kerana hartanah beliau di Dubai tidaklah segah rumah agam beliau di India ini. 

Dan pastinya rumah di Dubai itu tidak sekontroversi 'Mannat' beliau ini juga. Kontroversinya bermula apabila Shah Rukh Khan membeli rumah ini yang merupakan sebuah tinggalan warisan bersejarah yang menjadi antara mercu tanda kota Mumbai, dan kemudiannya membuat penambahan sebuah bangunan moden setinggi 7 tingkat pada bahagian belakang rumah agam ini. 

Menurut syarat 'Heritage Regulations', mana-mana penambahan pada bangunan yang diwartakan sebagai bersejarah tidak boleh melebihi ketinggian bangunan yang sediada. Untuk menambah lagi minyak ke dalam api yang sedia terbakar, Shah Rukh Khan memagarkan seluruh rumah beliau ini sehingga mengambil kawasan jalan utama di depan rumah beliau sehingga 3 meter menjadikan jalan yang selebar 9 meter cuma tinggal 6 meter je untuk kegunaan awam. 

Tapi menurut sumber, kes ini sudah pon selesai dan rasanya takkan ada rakyat India yang sampai hati nak memarahi King Khan mereka ini walaupon beliau telah melanggar banyak syarat-syarat tanah dan perumahan. Buat masa sekarang, 'Mannat' milik Shah Rukh Khan ini telah dinaiktaraf sistem keselamatannya berikutan tragedi pengeboman di Mumbai beberapa tahun lalu. 

Malah dikhabarkan setiap cermin tingkap rumah beliau telah ditukarkan kepada yang kalis peluru. Menurut sumber, cermin kalis peluru ini telah diterbangkan terus dari Jerman. Dan lif di rumah beliau ini juga telah diberikan kata laluan khusus melalui alat khas yang hanya membenarkan Khan dan ahli keluarga beliau saja yang boleh memanggil dan membukanya. Malah jika untuk tetamu sekali pon, hanya pengawal keselamatan beliau saja yang diberikan kad untuk dilurutkan pada pintu lif untuk mengaksesnya.


p/s: Khan adalah antara ikon global yang mempunyai peminat mencecah berbillion orang. Bayangkan jika beliau mengenakan cas RM1 untuk setiap peminat beliau yang ingin mendaftar menjadi ahli kelab....'Easy money'...Apek pon tak bley lawan...



Lihat sajalah ketinggian pagar untuk privasi dan keselamatan

'Mannat' asal yang tersergam indah

Keindahan 'Mannat' untuk tatapan umum nampaknya tidak dapat dinikmati dek pagar yang sangat tinggi 




Keluar dari pintu rumah pon sudah ditemani pengawal. Harga yang perlu dibayar apabila menjadi ikon global

Menghadap Laut Arab







Satu tingkat rumah beliau dikhususkan untuk gimnasium. Gelanggang ini digunakan oleh anak-anak beliau (Arjun dan Suhana) yang juga atlit beladiri kebangsaan

Sentiasa melayari Ekspresi Ruang untuk ilham rekaan dalaman terkini untuk 'Mannat' beliau


0 comments:

Post a Comment