Wednesday, February 15, 2012

Mewah: Meja Kaca Dengan Tapak Daripada Enjin V8 Bentley Mulsanne

Setiap tahun, syarikat permotoran mewah terkenal Bentley akan mengambil pekerja untuk latihan industri atau 'intern' dan menjadi tradisi Bentley untuk menampilkan sisi kreatif para pekerja yang sudah tamat latihan industri untuk menghasilkan sesuatu yang sangat unik daripada komponen yang terdapat pada jenama Bentley ini. Dan salah sebuah hasil yang paling menarik yang ingin aku kongsikan pastinya meja kaca yang tapaknya adalah sebuah enjin V8 asli daripada model Mulsanne. Buat Jejai dan Fasha Sandha, mungkin ini hadiah terbaik yang boleh korang minta daripada kawan-kawan kaya-raya anda bila dah kawin kelak. Dan FYI, meja ini dan rekaan-rekaan unik yang lain akan dilelong untuk dana The Prince's Trust. Agak-agak berapa agaknya nilai lelongan untuk meja ni...




0 comments:

Post a Comment