Tuesday, April 17, 2012

Blacklight: Meja Billiard RM107,000 Versi Moden Rekaan Billard Toulet

Kali terakhir aku bermain billiard adalah pada 4 tahun lepas. Tapi aku yakin skil tu kalau diasah balik, pasti boleh masuk 5 bola sekaligus. Hehe. Dan mungkin lebih cepat lagi aku dapat kembalikan skil tu kalau aku tu ada meja billiard yang cukup 'stylish' camni kat rumah. Balik kerja je terus main billiard. Memang  layan. 

Tapi kena la ada duit lebihan daripada perbelanjaan dalam lingkungan RM107,000 dulu, pastu barulah boleh dapat meja yang diberi nama Blacklight rekaan Billard Toulet ini. Meja billiard ini direka khas menggunakan material 'non-deformable steel' dengan rangka daripada besi. Menariknya lantai meja billiard ini yang setebal 22mm dan didatangkan dengan 1 unit tanpa potong dijamin betul-betul landai dan paling penting jaminan itu adalah untuk sepanjang hayat!  











0 comments:

Post a Comment