Sunday, May 20, 2012

Apartment Kontemporari Konsep Terbuka Di Brisbane


Tak guna anda ada rumah yang rekaan dalamannya canggih manggih, futuristik, moden, mewah dan semua yang hebat-hebat tapi bab kebersihan rumah anda langsung tak jaga. Habuk sampah tak vakum, tak sapu. Perabot-perabot berhabuk, tak lap. Tahi cicak penuh atas lantai. Sarang labah-labah dah macam sarang burung walit kat tepi-tepi siling. Nanti tetamu datang, buat malu tetamu je. 

Ingat, karekter anda tu bukan setakat dinilai pada rekaan dalaman rumah anda tu je, tapi yang lebih penting kebersihan rumah tu!

Akhir kalam daripada saya, jom kita sama-sama layan apartment berprestij di Brisbane, Australia ni. Dengan 3 bilik tidur, 2 bilik air ala resort dan 2 kemudahan parkir kenderaan, apartment ni menawarkan 2 pakej mewah kepada pemilik kediaman ini. Pertamanya adalah apartment ni ada pelantar atau balkoni yang cukup luas di ruang luar apartment ni, dan yang keduanya adalah kolam renang khusus untuk pemilik ni yang menawarkan pemandangan ke arah sungai di kota Brisbane ni. 

Tapi yang paling aku suka adalah idea menjadikan apartment ni bersifat terbuka ruangnya. Macam konsep rumah terbuka. Yang ni barulah betul nama rumah terbuka. Huhu. Tapi kat Malaysia, kalau nak buat konsep ni untuk rumah bungalow, memang bahaya sikit. Sebab keselamatan di persekitaran kita cam longgar sangat. Melainkan kalau anda beli rumah yang terletak dalam 'gated community', yang tu terjamin la sikit. Kalau apartment atau 'penthouse', boleh buat konsep terbuka camni. Apa-apa pon, jom sama-sama kita cari ilham macamana nak terapkan hiasan dalaman rumah ni di kediaman kita nanti :)
















0 comments:

Post a Comment