Monday, September 17, 2012

Hiasan Dalaman Kontemporari Dari Brisbane

Moden dan anggun, definisi yang sesuai untuk kediaman di Brisbane, Australia ini. Gaya hiasan dalaman berkontemporari pada kediaman mewah 2 tingkat ini mirip kepada penggayaan yang banyak digunakan oleh pereka-pereka dalaman di Malaysia. Menarik perhatian aku pastinya koleksi gambar yang menjadi 'feature wall' pada ruang tamu. 

Tampak sesuai dapur kering diposisikan bersama ruang tamu. Kesinambungan yang santai untuk melayan para tetamu yang datang. Menjadi idaman aku untuk mempunyai koleksi perabot seperti di ruang tamu, dengan sofa berlainan jenis daripada pereka-pereka terkenal, berserta meja kopi berbentuk seperti peti dengan jahitan kemas di sekitarnya. Elemen 'Ghost Chair' di meja makan secara automatisnya memberikan kemodenan yang nyata kepada ruang tersebut. Penggunaan kertas dinding yang berwarna menonjol juga memberikan perasaan yang tidak kosong ketika melalui koridor di kediaman ini.























0 comments:

Post a Comment