Friday, October 12, 2012

Culata Jovai: Rumah Moden Rekaan BAUEN Di Celah 2 Bukit

Bagi aku, BAUEN adalah firma arkitek yang bijak. Mereka tidak melihat topografi tanah landai di antara 4 buah bukit kecil sebagai satu kawasan yang sesuai untuk membina rumah. Tetapi mereka cuba mengolah satu rekaan di luar norma dengan menjadikan genting di antara 2 bukit untuk dibina sebuah kediaman, dan menariknya idea mereka ini secara tak langsung membolehkan pembinaan tambahan sebuah lagi kediaman dengan rekaan yang serupa. 

Diberi jolokan nama Culata Jovai atau dalam bahasa inggerisnya House of Confronted Rooms, kediaman di Luque, Paraguay ini diberi sentuhan gelas kaca untuk kemasukan cahaya matahari tropika. Kalau inginkan privasi, boleh saja diturunkan roller blind yang diletakkan di setiap segmen gelas kaca tersebut. Bentuk bumbungnya mengingatkan aku kepada inspirasi bumbung kediaman The Meera House di Singapura.




















0 comments:

Post a Comment