Sunday, November 25, 2012

31 Blair Road: Transformasi Rumah Kedai Lama Oleh Ong & Ong

Nampak gayanya Ong & Ong bolehlah aku iktiraf sebagai pakar hiasan dalaman yang begitu berwibawa dalam mentransformasikan sebuah rumah kedai lama kepada sebuah kediaman berpenghuni yang lebih moden, kontemporari dan pastinya lebih luas. Setelah berjaya dengan projek 55 Blair Road mereka, kali ini Ong & Ong menampilkan sebuah lagi projek yang tidak jauh dari situ, di jalan yang sama cuma pada deretan yang berbeza agaknya. 31 Blair Road adalah projek yang telah berjaya disiapkan pada 2009, dengan sisi kontemporari yang cuba ditampilkkan sedikit elemen oriental pada rumah kedai ini.

Similariti yang dapat dikesan pada hasil kerja firma idea kreatif Singapura ini pastinya teres berbumbung lutsinar di bahagian belakang kediaman. Kalau di 55 Blair Road, Ong & Ong mengekalkan pokok tua di samping mewujudkan sebuah kolam memisahkan dapur dengan ruang rumah yang lain, tetapi kali ini di 31 Blair Road, mereka hanya membina ruang makan gaya santai sambil ditemani kehijauan pohoh-pohon buluh di sisi dinding kediaman di teres ini. Selebihnya adalah sebuah rekabentuk kontemporari dengan penekanan warna putih bagi ilusi keluasan yang lebih ketara.

















0 comments:

Post a Comment