Wednesday, November 28, 2012

Dekorasi Ruang Tamu: Tips Pemilihan & Penyusunan Sofa

Ruang tamu adalah salah satu ruang terpenting dalam mana-mana rumah kediaman. Ianya bukan sahaja berfungsi sebagai 'penyambut tetamu' selepas menjejak kaki masuk ke dalam kediaman, malah untuk sebuah keluarga yang sibuk bekerja, inilah ruang sebagai tempat berkumpul dan bertanya balas kehidupan seharian seterusnya kekal mengeratkan hubungan dalam sesebuah keluarga. 

Namun begitu, ramai yang memandang enteng dan remeh tentang cara penyusunan sesebuah ruang tamu khususnya pada bahagian sofa. Interaksi yang berkesan adalah apabila ruang tamu itu hadir dalam susunan perabot khususnya sofa yang dapat memberikan keselesaan dan kedudukan yang sempurna untuk sesebuah perbualan. Di sini saya kongsikan 7 tips bagaimana penyusunan, pemilihan dan kedudukan sofa yang terbaik dalam memberikan ruang tamu sebuah jiwa untuk kediaman anda.

  1. Jika ruang tamu ingin dimanfaatkan tempat meraikan tetamu sepenuhnya, tempat duduk elok disusun berdekatan supaya tetamu merasai kemesraan tuan rumah. Pastikan jarak di antara tempat duduk tidak terlalu jauh hingga mewujudkan ruang di tengah yang boleh menjadi kawasan lalu-lalang. Ini akan mengganggu perbualan dan sebaiknya, aliran lalu-lalang disediakan di belakang sofa.
  2. Ambil kira keluasan ruang tamu, kedudukan tingkap dan pintu sebelum memilih tempat duduk kerana sofa memerlukan ruang. Pastikan kehadirannya tidak menghalang kawasan lalu-lalang di muka pintu atau sekitar ruang tamu.
  3. Jika ruang tamu anda memanjang dan sempit, bahagikan tempat duduk kepada dua kumpulan iaitu sama ada tempat duduk gaya susunan 2 + 1 + 1 atau gaya susunan 1 + 1 dan di sudut lain ditempatkan kerusi kayu serta rotan yang ringkas. Meja kopi diletak di bahagian tengah.
  4. Sofa dua atau tiga tempat duduk tidak bukan bermakna sepanjang masa diduduki. Biasanya ia tidak digunakan sepenuhnya pada satu masa kerana menyukarkan perbualan. Di sini, perlunya tambahan sofa satu tempat duduk yang dapat memberi keselesaan.
  5. Ruang tamu yang digunakan untuk berbual dan menikmati hidangan ringan memerlukan meja kopi besar diletakkan di tengah ruang dilengkapi meja sisi serta sepasang sofa dua atau tiga tempat duduk diatur bertentangan.
  6. Untuk mengelakkan kebosanan selain mewujudkan tata hias menarik, pastikan fabrik pelbagai warna dan corak dipilih. Gabungan sofa dan kerusi pula mampu mewujudkan kelainan.
  7. Kerusi beralas tangan jenis rotan dan kayu serta sofa bersayap menampilkan gaya menarik. Selain itu, ia boleh dijadikan tempat duduk tambahan dan sudut membaca.

dekorasi ruang tamu, susunan sofa ruang tamu, tips dekorasi, tips hiasan dalaman

0 comments:

Post a Comment