Monday, November 19, 2012

Hiasan Dalaman Rumah: Petua, Tips & Perkara Perlu Elak


Dalam keterujaan kita hendak menghias rumah kediaman, tak kiralah samada pada sebuah ruang baru di rumah baru, ataupun pada ruang sediada di rumah yang baru melalui proses renovasi, atau nak ditambahcantikkan, mungkin anda yang terlibat dalam proses hiasan dalaman boleh pegang kepada beberapa tips dan beberapa petua perkara-perkara yang perlu dielakkan saat sebelum mulanya mendekorasikan kediaman tersebut.


1. Buat pilihan sendiri
Rumah anda ruang peribadi anda. Jangan benarkan orang lain menentukan apa yang patut anda lakukan pada rumah anda.

2. Elak mengecat dulu
Sebaliknya buat pilihan fabrik, permaidani dan sarung kusyen sebelum memikirkan warna cat.

3. Jangan pilih cat dari kertas contoh
Sebaliknya, beli setin kecil warna pilihan untuk dicuba di rumah. Cat sebahagian kecil dinding bagi mendapatkan kesan warna itu dalam persekitaran cahaya semula jadi atau sapukan pada kadbod. Kemudian acukan di dinding untuk melihat keserasiannya dengan persekitaran.

4. Jangan pilih warna dalam kedai
Elak beli fabrik, kemasan lantai atau cat di kedai pertama anda kunjungi. Minta saja contoh warna cat, permaidani atau fabrik untuk dibawa pulang. Lihat kesan dan perbezaan warnanya dalam cahaya semula jadi dan di bawah sinaran lampu pada waktu petang.

5. Jangan abaikan psikologi warna
Warna mempengaruhi sikap dan emosi. Pilih skim warna sepadan suasana ruang yang mahu digarapkan. Misalnya bilik permainan atau ruang keluarga, rona terang lebih serasi dipadankan kerana menepati keperluan dan aktiviti ruang itu.

6. Elak dekorasi paksa
Jangan paksa wujud skim warna atau lebih tepat lagi usah ‘paksa’ menyatukan perhiasan. Disebabkan anda mempunyai sofa merah, tidak bermakna langsir berjalur merah boleh dipadankan dengannya. Buat pilihan kumpulan warna dengan mengenalpasti perhiasan utama dalam ruang itu.

7. Jangan abaikan titik fokal ruang
Bukan semua bilik mempunyai titik fokal, tetapi sekiranya ada, biar ia menyerlah. Misalnya meja konsul, dinding berkemasan batu bata merah atau hiasan dinding. Apa yang perlu dilakukan ialah susun karya dan perabot berhampiran unsur utama ini.

8. Jangan biarkan perabot disusun rapat ke dinding
Hindari susun kerusi, sofa dan meja di sekeliling ruang melainkan tiada pilihan. Susun berkelompok di tengah ruang bagi memudahkan aktiviti berbual.

9. Elak bina sekatan
Jangan letak kerusi di depan pintu atau meja di kawasan laluan utama. Ia mengganggu kelancaran laluan, sebaiknya pastikan laluan itu mudah diakses.

10. Jangan beli kerana murah
Sebaliknya teliti mutu pembuatan, perincian atau rekaannya sama ada masih elok atau tidak.




hiasan dalaman rumah, dekorasi rumah, susun perabot

hiasan dalaman rumah, dekorasi rumah, warna dinding, perabot

hiasan dalaman rumah, dekorasi rumah, warna dinding, perabot ruang tamu

hiasan dalaman rumah, dekorasi rumah, warna dinding, perabot ruang tamu, titik fokal

hiasan dalaman rumah, dekorasi rumah, warna dinding, perabot ruang tamu

warna ceria dekorasi, hiasan dalaman rumah, dekorasi rumah, warna dinding, perabot

hiasan dalaman rumah, dekorasi rumah, warna dinding, lukisan seni, rekabentuk dapur

0 comments:

Post a Comment