Monday, November 12, 2012

Livingstones Oleh Smarin: Bantal Unik Mirip Batu Sungai Gergasi Tetapi Empuk

Bagi sesiapa yang mempunyai sudut kosong di bahagian ruang tamu mahupun ruang luar lain di dalam rumah, mungkin tak perlu nak fikirkan perabot apa yang sesuai diletak di sudut tersebut. Cukuplah sekadar selerakkan sedozen bantal Livingstones keluaran Smarin yang berbentuk mirip seperti batu sungai yang besar tetapi lembut dan empuk seperti kusyen sofa ini di atas lantai. 

Melihat gambarnya sahaja pon terasa keempukan merehatkan badan di atas dan dikelilingi bantal batu Livingstones ini. Material yang digunakan adalah 100% kapas muda, didatangi dalam pelbagai saiz dan bentuk dan pembuatannya sahaja mengambil masa selama 8 minggu untuk disiapkan setiap tempahan.











1 comments:

nurachiyoblog said...

very nice and it look totally like rock..and it also look natural.

Post a Comment