Tuesday, December 4, 2012

Urban Shelf Oleh Chiasso: Rak Dinding Serbaguna Berbentuk Tangga Kecemasan

Sehingga sekarang rasanya masih belum ada lagi ketandusan sebarang kreativiti dan rekabentuk segar sebuah rak di dinding atau wall shelving. Terbaru, Chiasso berjaya menyuntik elemen urban ke dalam ruang dengan rekabentuk rak dinding yang menyerupai tangga kecemasan ketika kebakaran yang selalu kita lihat dalam filem di rumah-rumah flat di bandar-bandar besar di Amerika Syarikat. 

Rak yang diberi nama Urban Shelf ini bukan saja menarik dilihat, malah dengan kapasiti yang boleh diletakkan pelbagai barangan juga mampu memberikan ruang yang lebih tersusun kepada kediaman. Keseluruhan saiz Urban Shelf ini adalah 12" x 3.75" x 25.5" dan didatangkan dalam 2 bahagian. Sedikit pemasangan sendiri diperlukan tetapi rasanya dengan hasil akhirnya memang berbaloi untuk dimiliki. Boleh dibeli di sini jika berminat pada harga USD98 atau hampir RM300.




0 comments:

Post a Comment