Tuesday, January 22, 2013

Ubahsuai Rumah Kediaman: Idea Moden Dari Amsterdam

Pengubahsuaian rumah kediaman asal merupakan perkara terbaik yang boleh dilakukan oleh mereka yang kurang berkemampuan untuk memiliki rumah baru di tempat baru. Jika kena dengan gayanya, dengan kebijaksaan dan kreativiti yang ada pada arkitek dan pereka dalaman yang diupah, rasanya ubahsuai bahagian rumah yang sediada mampu memberi impak yang tak mustahil jika dilihat dari mata kasar, seolah-olah memiliki sebuah kediaman baru yang diidamkan selama ini. Bloem en Lemstra Architects memberikan inspirasi baru dalam pengubahsuaian kediaman di Amsterdam ini. 

Penambahan bahagian teres mengunjur ke laman belakang ini diberi fokus pada pencahayaan semulajadi yang banyak melalui pintu kaca yang dipasang sepanjang ruang baru tersebut. Inspirasi ini mungkin diambil daripada gaya  senibina Perancis. Bahkan di bahagian siling ruang baru ini juga diberi sentuhan bumbung lutsinar yang membenarkan cahaya juga dapat masuk dari atas. Dengan dekorasi putih di dalam kediaman ini khususnya pada penataan perabot, secara tak langsungnya menjadikan ruang ubahsuai yang baru yang berfungsi sebagai ruang dapur dan ruang makan ini tampak lebih besar. Solusi bijak pada ruang baru dan berbaloi untuk dicuba.


ubahsuai rumah kediaman

ubahsuai rumah kediaman

ubahsuai rumah kediaman

ubahsuai rumah kediaman

ubahsuai rumah kediaman

ubahsuai rumah kediaman

0 comments:

Post a Comment