Tuesday, February 12, 2013

Evolusi Tingkap Sesentuh Pintar Rekaan Samsung

Mungkinkah tingkap digital rekaan Samsung ini bakal menjadi satu kemestian di kediaman mahupun di pejabat komersial di masa hadapan kelak? Kalau ianya betul-betul dapat direalisasikan, kita akan melihat satu lagi evolusi dalam teknologi skrin sesentuh mencapai tahap yang lebih tinggi. Mungkin selepas ini semua aktiviti dalam kehidupan akan berubah; melihat ramalan cuaca di tingkap, mencari resepi di internet di tingkap dapur semasa memasak, mempromosikan barangan di tingkap butik di kompleks membeli-belah, melihat wayang gambar di tingkap kediaman atau mungkin di pembahagi ruang yang terbina daripada cermin berteknologi seperti ini, dan banyak lagi. Tingkap sesentuh ini diperkenalkan konsepnya oleh Samsung pada Pameran CES 2012.





0 comments:

Post a Comment