Thursday, February 14, 2013

Qualy Leaf Door Stopper: Penyendal Pintu Unik Buatan Thailand

Penyendal pintu mungkin satu objek yang orang selalu terlepas pandang akan potensinya sebagai satu elemen dekorasi yang mampu menaikkan seri kediaman di satu sudut. Jika rekaan konvensional hanya berbentuk baji selama ini, mungkin selepas ini tidak lagi. Qualy Leaf Door Stopper memberikan satu kelainan pada sudut bucu pintu. Menariknya, produk berbentuk daun mapel musim luruh ini dibuat di negara jiran, Thailand. Dan menurut pembekalnya, Qualy Leaf Door Stopper ini 100% menggunakan bahan kitar semula, termasuklah dengan kotak pembungkusannya. Mungkin jika ada yang berkunjung ke sana, bolehlah mencari penyendal pintu unik ini. Jika tiada, boleh saja menempahnya di Amazon pada harga USD14 atau RM44. Mungkin lebih murah jika boleh didapati sendiri di Malaysia atau Thailand.




0 comments:

Post a Comment