Siapa sangka di kawasan pinggir kota seperti di Country Heights Damansara ini terletaknya sebuah residensi yang unik dan moden, jauh berbeza unsurnya berbanding suasana sekelilingnya yang menghijau dan tenteram dari kesibukan ibu kota. Rekabentuk luarannya dibina secara aerodinamik, sesuatu yang jarang difikirkan dalam konteks rekabentuk untuk sebuah kediaman.
Tapi itulah yang cuba ditonjolkan oleh perekanya, LOOK Architects dari Singapura yang ingin memberikan penekenan pada pergerakan keluar masuk udara ke dalam rumah ini, sesuai dengan lokasinya di lereng bukit yang tinggi yang menerima lebih banyak angin berbanding di kawasan rendah biasa. Dan pastinya rekabentuk ini sesuai untuk kawasan sekitarnya yang menghijau dan memberi unsur pergabungan yang ideal dengan alam.
Penonjolan material daripada aluminium untuk luaran kediaman ini berjaya dari segi visualnya, jadi tidaklah tampak terlalu tenggelam lokasi kediaman ini jika dilihat dari jauh. Secara figuranya, rumah ini berkeluasan tapaknya 8,708 kaki persegi dan luas lantainya adalah 4,381 kaki persegi. Dengan fasiliti kolam renang konsep infiniti memanjang di lereng bukit, sesiapa yang memiliki kediaman ini pastinya adalah seorang yang menghargai panorama yang memukau yang ada di Country Heights ini.






















0 comments:
Post a Comment